BERITA BAIK- KAMI MENCARI BAKAT2 BARU MENYERTAI PENTAS DiGMA
PENTAS DiGMA merupakan sebuah lembaga gerakan maha siswa UiTM Perlis yang menekankan dan memperjuangkan dunia seni teater.Sama ada teater tradisional atau pun moden & mementingkan aspek dari segi teknikal bagi perjalanan sesebuah pementasan. PENTAS DiGMA merupakan persatuan yang bernaung di bawahUnit Kebudayaan UiTM Perlis. Teater Bangsawan Buyung merupakan tapak permulaan yang mencetuskan langkah mula dan aktifnya kegiatan teater di sini. Membawa Teater Bangsawan Buyung ke peringkat Festival Teater Malaysia peringkat Negeri Perlis 2009.Amatlah besesuaian dengan cogan kata kami "PERTAMA" membawa erti, perintis teater anak muda, ajakan paradigma siswa-siswi.
OLEH ITU, KAMI WARGA PENTAS DiGMA INGIN MENCARI BAKAT-BAKAT BARU!! UNTUK MAKLUMAN : "TEATER BUKAN SEKADAR LAKONAN!!"
Berita baik untuk siswa-siswi UiTM Perlis!!Sekiranya berminat dalam dunia seni teater, kini anda berpeluang menyertai kami(PENTAS DiGMA)persatuan teater anak seni UiTM Perlis.dan ingin saya ulangi, teater bukan sekadar lakonan, oleh itu mari kita lihat,keistimewaan PENTAS DiGMA UiTM Perlis...
Kemahiran teknikal produksi merupakan aspek penting didalam sesebuah pementasan:kami mencari bakat-bakat dalam;
Di bawah biro pentas(Teknikal dan Kesan Khas);
i) -Pertukangan dan pembinaan pentas (bhg Set,props, dan hiasan)
ii) -pengawalaturan (pencahayaan pentas, Audio pentas, Kesan Khas pentas)
iii) -Pengurus pentas (Pengawalaturan Keseluruhan)
Biro tatarias
i) - penyolekan, kostum dan lain-lain.
Biro Seni Lakon (Kreativiti sinografi pementasan)
i) -pembentukan perwatakan dan pementasan (Pengarah)
ii) -pelakon, nyayian dan tarian (Bagi setiap pementasan yang akan dijalankan)
Biro Publisiti
i) -Pengambil Gambar( di dalam setiap Aktiviti)
ii) -pengiklanan,poster, banner,Lukisan
Jangan risau, insyaallah dengan kerjasama anda berikan kami akan memberikan tunjuk ajar yang terbaikdalam menjayakan PENTAS DiGMA, Sesi latihan akan dimaklumkan semasa demi semasa melalui telefon, atau blogger,untuk tarikh latihan akan dimaklumkan nanti. Jangan risau, cara pembelajaraanya adalah secara santai. Namun begitu, bagi para pelajar semester satu,dua dan tiga anda mempunyai kelebihan, iaitu sekiranya anda merupakan pelajar Ko-Kurikulum Drama I & II, anda lebih di utamakan untuk menyertai Persatuan ini. Namun begitu,bagi pelajar semester 4,5,6 dan keatas masih mampu menyertai PENTAS DiGMA, berdasarkan minat dan komitmen yang anda berikan.. sokongan anda amat dia alu-alukan.lebih pembelajaran mengenai dunia drama dan teater, anda boleh menyertai ;-)
Setailah kami pada semester ini juga!! Banyak aktiviti pementasan pada semester hadapan. Contoh teater semester hadapan "Hantu-hantu yang saya kenali" & "Syajar" jika anda seorang yang berjiwa seni dan kreatif di samping ingin menonjolkan kreativiti anda Sila HUBUNGI AJK TERTINGGI PENTAS DiGMA BAGI MENDAPATKAN BORANG PADA BILA-BILA MASA.
"Pakat-Pakat Mai martabatkan budaya seni warisan nenek moyang kita". Jumpa Disana!!
Untuk maklumat lanjut terus berhubung dengan saya;
Naib pengerusi PENTAS DiGMA UiTM Perlis Hafiz Rapiah017-6506271
Atau Pengerusi PENTAS DiGMA UiTM Perlis Abg. Salman 013-4480657
http://anakteater.blogspot.com , *p/z n comment kat bawah tu tau.
anakseniteateruitmperlis@gmail.com
http://pentasdigma.blogspot.com/